pregnancy week by week

Tuesday, August 20, 2013

Pengalaman Mengandung


Assalamualaikum... fuhhh 7bulan tinggalkan blog ni.. banyaknyaaa sawang!! maap la lama tak update blog ni.. ni gara-gara email dan password lupa.. lupa juga yang ada blog lagi satu ni..kuikuikui..

sebenarnyaa jijah nak share pengalaman pregnant.. aiyaaa sudah mahuu meletop pon baru nak share.. hehee maapp* wink2

Alhamdulilah lepas je keguguran bulan 9.2012, 2bulan jijah datang period bulan 10 dan bulan 11. kebetulan rezeki jijah di tukarkan ke Sabah kerana mengikut suami pada bulan 10.. bila dah duduk dekat ni potensi untuk hamil tinggi... dan period terakhir jijah bulan 11.. 

Alhamdulilah penantian selama setahun menunggu zuriat ni. bila cek 1.1.13 jijah positif hamil 5minggu.. Happy sangat ^__^ syukur lagi bila jijah takde alahan, takde morning sickness tapi makin kuat nak makan.. suami layankan je.. hahaha

duk kat sabah tak semua makanan ada.. apa yang mengidam macam kueytiow, mee kari tak dapat nak cari dan tak sesedap di semenanjung. nasib dapat balik semenanjung makan apa yang nak. hehe  lagi satu sepanjang hamil memang HB jijah low.. tak pernah naik ke 11. nasib la xde tambah darah atau pucat ke ape.. risau gak kann -_-

berat masa sebelum hamil 43kg sekarang dah jadi 53kg.. pehh naik banyak kot.. tp badan still maintain slim.. perot je kedepan.. muahahha :P jijah dapat rasa pergerakan baby masa 19minggu.. masa tu rasa seolah-olah rama-rama berterbangan dalam perut.. geli tau :D 


pasal gender anak jijah ni dia sangat baik hati siap kangkang lagi...memang nampak la bebird dia...
Soo memang confirm BABY BOY!  Memang plan untuk first ni baby lelaki. sebab nanti dia boleh jaga keturunan kami.. Syukur Alhamdulilah rezeki Allah kasi :)

barang-barang baby lepas kandungan 26w jijah dah start beli sikit-sikit. walaupon dah tahu gender baby tapi tetap gak beli baju unisex.. hehe so far rasanya dah lengkap kot baby stuff.. hehe

sekarang dah 38weeks usia baby jijah.. sabar menunggu hari ni.. tapi baby xde tanda-tanda lagi nak keluar..alahai anak mama... suka duk dalam perut mama lama-lama ye.. sakit tak usah cakap. macam-macam rasa dah.. kadang-kadang bila berjalan,duduk, baring rasa mencucuk-cucuk kat miss v tu..sakit woo.. pastu kerap ke tandas kencing.. mungkin baby dah turun tu pasal rasa tak selesa..

apa-apa pun enjoy dengan pregnant ni.. doakan yer moga jijah mudah bersalin dengan sihat dan selamat. Amin...





Saturday, January 19, 2013

Perkembangan Bayi Bulan Kedua



*BULAN KEDUA 8 MINGGU*


Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang 1.25mm panjang seperti satu biji benih epal. (bukan sebiji epal) & pada minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pada pengakhir minggu ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang-tulang. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dengan sempurna.


19 Januari 2013 Janin ketika berusia 8 minggu


Pada hujung minggu kelapan, lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).



 

Jijah Pages | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by jijahpages :)