pregnancy week by week

Tuesday, January 10, 2012

Prosedur Pernikahan



Assalamualaikum...


Selepas mengusha berbagai perkara. google sana sini. sampai juling biji mata daku menghadap lappy. daku terjumpa tips yang paling penting untuk merancang majlis perkahwinan. jika tiada perkara penting ini. sudah pasti nikah anda tidak SAH dan HALAL!! korang nak ke kahwen tak bernikah main redah jer..oh tidak! simpang malaikat patpuluhpat -_-'


Baiklah.. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 


oke kawan-kawan fokus fokus!. kita membaca dengan nada formal dan serius k.






Kursus Pra-perkahwinan

Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini sebelum berkahwin. Tanpa sijil ini, anda tidak boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.

Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna, terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun mempunyai sijil tersebut. Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.

Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM 100 sahaja.


Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.

Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai mas kahwin.

Wang hantaran

Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut keikhlasan keluarga pengantin lelaki. Ia tidak wajib di dalam Islam ye kawan kawan dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye.. Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10 bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.

Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah

Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk mengenali jurunikah anda, rujuk ke masjid tempat anda tinggal atau mengikut alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin. Selain jurunikah, anda juga perlu mencari 2 orang saksi.

Mengikut undang-undang perkahwinan di negara ini, meskipun wali pengantin perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah, menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengikut negeri), untuk membayar upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada jurunikah.

Borang Permohonan Nikah 

Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri. 

Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar Pernikahan. 

Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:


1. Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan. Kad pengenalan yang sah.

2. Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)

3. Surat pengesahan bujang dari majikan/imam

4. Sijil kursus pra perkahwinan

5. Surat memeluk Islam (saudara baru)

6. Surat sokongan kedutaan (warga asing)

7. Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)

Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.

Ujian Kesihatan 

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.

Cincin pertunangan

Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan. Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak lelaki akan memberikan cincin pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada juga yang memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia tetap terpulang kepada anda.

Cincin perkahwinan 

Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab itu kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu. Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata.

Barang kemas 

Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali. Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.


**************************************


kalau nak cerita satu persatu info daku usha semasa google. rasanya tak cukup untuk satu entry. macam-macam perkara lain perlu di ambil kira. tetapi perkara-perkara di atas sangat penting dalam merancang majlis pernikahan anda. jika tidak ada maka tak sah la nikah anda jawabnya. ^_^


Monday, January 9, 2012

Checklist Bakal Pengantin


Assalamualaikum..


Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu melancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yang disediakan olehBakalPengantin.com








12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
· Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
· Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
· Mengaturkan bajet
· Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
· Mengumpul nama tetamu
· Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
· Memilih cincin pernikahan
· Memilih kek pengantin
· Memesan cenderahati untuk tetamu 




5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
· Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
· Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
· Menghubungi saksi pernikahan
· Membuat rawatan ke spa 




2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Menyenaraikan nama tetamu
· Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
· Merencanakan bulan madu
· Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
· Memastikan rawatan spa secara intensif
· Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
· Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan 




SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
· Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
· Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
· Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
· Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
· Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung 

Sunday, January 8, 2012

Checklist Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan


Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati–hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari. Justeru, gunakan senarai semak dibawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!




BIL
PERKARA
BAJET (RM)
1
Yuran kursus pra perkahwinan
2
Cincin tunang
3
Cincin kahwin
4
Barang kemas
5
Wang mas kahwin
6
Wang upah kadi
7
Kad jemputan kahwin
8
Setem untuk pos kad jemputan
9
Wang hantaran
10
Sirih junjung
11
Kain ela
12
Baju kurung
13
Telekung & Sejadah
14
Senaskah Al – Quran
15
Beg tangan
16
Kasut
17
Jam tangan
18
Set penjagaan badan
19
Set alat solek
20
Kek
21
Buah-buahan
22
Coklat
23
Potpurri
24
Gubahan barang hantaran termasuk upah
25
Hiasan bilik tidur
26
Pelamin
27
Bunga telur
28
Bunga pahar
29
Gambar & upah jurugambar
30
Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31
Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32
Set makan beradap
33
Penanggah
34
Katering
35
Upah kumpulan kompang
36
Upah DJ
37
Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38
Kos tempat penginapan
39
Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40
Upah juruandam

Jumlah keseluruhan : RM ___________________


 

Jijah Pages | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by jijahpages :)