pregnancy week by week

Saturday, October 13, 2012

Syukur Dapat Transfer Ikut Suami




Alhamdulilah..


Usaha jijah untuk bertukar mengikut suami di Sabah di makbulkan oleh Allah :) berkat kesabaran jijah. doa tak putus putus dari korang semua..dapat juga hidup berdua bersama suami.. 

Jijah merupakan pasangan perkahwinan jarak jauh (PJJ) sebelum ni..sedih. hanya Allah yang tahu :(  Tapi ternyata bila pegang je status seorang isteri. peritnya rasa berjauhan. ada hikmahnya selepas suami exciden dan jijah keguguran..

Dan...

Berkat kesabaran itu juga.. ia menampakkan sinar harapan untuk bersama suami. sehinggalah jijah menerima call dari pejabat memaklumkan bahawa permohonan bertukar jijah sudah di luluskan. happynya rasa tapi takutt sebenarnya! 

Jadi, bila kami nak mulakan hidup bersama ni, jijah akan urus semuanya.. dan tetibe jijah rasa gementar! huuuuuuu~~




22 haribulan ni jijah lapor diri ke sana.. lagi dua minggu..terasa masa begitu pendek untuk buat persiapan ke sana.. rumah,transport belum ada lagi.. takut rasanya... huhuhuhu doakan semua berjalan dengan lancar yer :)


sesungguhnya perancangan Allah sangatlah hebat! Tq Allah ^____^


Saturday, September 22, 2012

Keguguran..




11 hari cik p datang lewat..
niat di hati nak cek UPT bila lewat dua minggu..
bila dia datang jijah sangka ianya memang cik p..
tapi cik p ni luar biasa..
biasa lima hari cik p dah kering tapi kali ni dah sampai enam hari masih terus bleeding..

malam hari jumaat lalu jijah keje malam..tengah sibuk bersembang tetiba plupp!! terasa keluar benda macam ketulan daging..segumpal darah warna merah kehitaman.
jijah abaikan.. naif katakan..cuci macam period biasa..
sedihnya.. jijah tak teringat nak tanam!

sempat call suami.. perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu...

subuh sabtu tu terus buat UPT.
tengok-tengok result kencing
-
-
-
-

2 LINE!! POSITIF!!




tak sangka jijah hamil!!

pergi klinik jumpa doktor
doktor scan perut rahim nampak kosong dah..
kiranya complete abortion masa ketulan tu keluar.

bagitahu suami dia kata
"takpelah..takde rezeki.. mungkin Allah nak bagi kita yang lebih baik"

Alhamdulilah jijah redha...
dia tak sihat sebab tu Allah tarik dia semula dan pasti akan beri yang lebih baik dari ini..
jijah sebagai ibu..mendoakan semoga si comel tu tunggu jijah dan suami di syurga nanti :))

doakan jijah ada rezeki lagi lepas ni....InsyaAllah..


Sunday, September 16, 2012

Moga doa di makbulkan Allah..


Alhamdulilah dah 9bulan lebih menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
even suami jauh tetapi kasih sayang tak pernah luntur.
syukur!

9bulan orang lain ramai dah mengandung dan bersalin pon..
sedihnya bila di pikirkan.. :(

jijah nak cepat mengandung!
tapi jika Allah kata belum sampai rezeki kita.. belum la jugak kan..
semuanya ada hikmah dan jangan sesekali salahkan takdir. 

jijah akan terus berusaha dan berdoa..
semoga doa jijah di makbulkan oleh Allah..Amin..


kalian doakan jijah yer :))

Wednesday, June 27, 2012

Abang nak bawak bucuk dekat abang :)


Salam..


Tadi masa sms dengan suami tetibe suami buka cerita pasal transfer. yelah, sebelum ni jijah tak berharap pun nak ikut dia transfer Sabah. sebab ada je alasan muhasabah dia bagi. huhuhu

Suami: Abg dah pikir masak-masak.. abg nak bawak bucuk dekat dengan abg.
Isteri: Serius? tapi abg kan belayar selalu..

Suami: Hmm.. Terpulang la kat bucuk nak o tak. tapi abg dah setuju kalau bucuk nak dekat dengan abg.
Isteri: Air mata mula mengalir......


jijah ni kan cembeng ape lagi berjujuran air mata ni. tak pasti kenapa mungkin gembira kot. mungkin sedih. tapi sejujurnya jijah cakap jijah suka sangat kalau dapat ikut transfer suami ke sana.

kawan-kawan jijah cakap better jijah pergi..keputusan transfer ini yang terbaik buat jijah dan suami sebab tempat seorang isteri adalah di sisi suami. 

mungkin ini salah satu cara untuk Dia bagi jijah zuriat nanti. sebab itu dia gerakkan hati suami untuk jijah apply transfer.

InsyaAllah moga-moga Allah sentiasa membuka hati suami jijah untuk jijah duduk dekat dengan dia. dan moga lepas ni jijah dan suami lebih happy sebab dah dapat hidup bersama. InsyaAllah :)


rindu suami yang tengah belayar tu :(

Tuesday, June 26, 2012

Haih... Bersawang Blog Ni..


ya ampun! jijah lupa yang jijah ada blog lagi satu ni...
hish2..punya la lama blog ni bersawang... ampun ye pak mak! huhuhu
jijah janji kalau ada hot story jijah kongsikan kat sini yer :)

sebelum tu jemput datang blog personal jijah
blog ni hari-hari jijah update!
weee~~

Tuesday, January 10, 2012

Prosedur Pernikahan



Assalamualaikum...


Selepas mengusha berbagai perkara. google sana sini. sampai juling biji mata daku menghadap lappy. daku terjumpa tips yang paling penting untuk merancang majlis perkahwinan. jika tiada perkara penting ini. sudah pasti nikah anda tidak SAH dan HALAL!! korang nak ke kahwen tak bernikah main redah jer..oh tidak! simpang malaikat patpuluhpat -_-'


Baiklah.. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. 


oke kawan-kawan fokus fokus!. kita membaca dengan nada formal dan serius k.






Kursus Pra-perkahwinan

Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini sebelum berkahwin. Tanpa sijil ini, anda tidak boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.

Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna, terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun mempunyai sijil tersebut. Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.

Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM 100 sahaja.


Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.

Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai mas kahwin.

Wang hantaran

Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut keikhlasan keluarga pengantin lelaki. Ia tidak wajib di dalam Islam ye kawan kawan dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye.. Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10 bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.

Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah

Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk mengenali jurunikah anda, rujuk ke masjid tempat anda tinggal atau mengikut alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin. Selain jurunikah, anda juga perlu mencari 2 orang saksi.

Mengikut undang-undang perkahwinan di negara ini, meskipun wali pengantin perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah, menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengikut negeri), untuk membayar upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada jurunikah.

Borang Permohonan Nikah 

Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri. 

Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar Pernikahan. 

Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:


1. Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan. Kad pengenalan yang sah.

2. Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)

3. Surat pengesahan bujang dari majikan/imam

4. Sijil kursus pra perkahwinan

5. Surat memeluk Islam (saudara baru)

6. Surat sokongan kedutaan (warga asing)

7. Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)

Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.

Ujian Kesihatan 

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.

Cincin pertunangan

Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan. Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak lelaki akan memberikan cincin pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada juga yang memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia tetap terpulang kepada anda.

Cincin perkahwinan 

Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab itu kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu. Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata.

Barang kemas 

Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali. Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.


**************************************


kalau nak cerita satu persatu info daku usha semasa google. rasanya tak cukup untuk satu entry. macam-macam perkara lain perlu di ambil kira. tetapi perkara-perkara di atas sangat penting dalam merancang majlis pernikahan anda. jika tidak ada maka tak sah la nikah anda jawabnya. ^_^


Monday, January 9, 2012

Checklist Bakal Pengantin


Assalamualaikum..


Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu melancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yang disediakan olehBakalPengantin.com








12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
· Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
· Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
· Mengaturkan bajet
· Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
· Mengumpul nama tetamu
· Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
· Memilih cincin pernikahan
· Memilih kek pengantin
· Memesan cenderahati untuk tetamu 




5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
· Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
· Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
· Menghubungi saksi pernikahan
· Membuat rawatan ke spa 




2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Menyenaraikan nama tetamu
· Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
· Merencanakan bulan madu
· Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
· Memastikan rawatan spa secara intensif
· Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
· Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan 




SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN 


· Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
· Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
· Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
· Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
· Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
· Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung 

Sunday, January 8, 2012

Checklist Bajet Perkahwinan Pengantin Perempuan


Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati–hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari. Justeru, gunakan senarai semak dibawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!




BIL
PERKARA
BAJET (RM)
1
Yuran kursus pra perkahwinan
2
Cincin tunang
3
Cincin kahwin
4
Barang kemas
5
Wang mas kahwin
6
Wang upah kadi
7
Kad jemputan kahwin
8
Setem untuk pos kad jemputan
9
Wang hantaran
10
Sirih junjung
11
Kain ela
12
Baju kurung
13
Telekung & Sejadah
14
Senaskah Al – Quran
15
Beg tangan
16
Kasut
17
Jam tangan
18
Set penjagaan badan
19
Set alat solek
20
Kek
21
Buah-buahan
22
Coklat
23
Potpurri
24
Gubahan barang hantaran termasuk upah
25
Hiasan bilik tidur
26
Pelamin
27
Bunga telur
28
Bunga pahar
29
Gambar & upah jurugambar
30
Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31
Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32
Set makan beradap
33
Penanggah
34
Katering
35
Upah kumpulan kompang
36
Upah DJ
37
Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38
Kos tempat penginapan
39
Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40
Upah juruandam

Jumlah keseluruhan : RM ___________________


 

Jijah Pages | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by jijahpages :)