pregnancy week by week

Saturday, January 19, 2013

Perkembangan Bayi Bulan Kedua



*BULAN KEDUA 8 MINGGU*


Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang 1.25mm panjang seperti satu biji benih epal. (bukan sebiji epal) & pada minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pada pengakhir minggu ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang-tulang. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dengan sempurna.


19 Januari 2013 Janin ketika berusia 8 minggu


Pada hujung minggu kelapan, lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).



Tuesday, January 8, 2013

Perkembangan Bayi 6 Minggu



Minggu ke-6


8 Januari 2013 = 6 weeks


Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan dan sebagainya bermula saat ini sehingga bayi anda dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta gaya hidup anda. Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan datang, lebih daripada 100 bilion neurons akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang atau sebesar kacang dhal.

Apa yang berlaku pada anda?

Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh merasakan sedikit perbezaan pada saiz pelvik ketika ini.


Pengambilan nutrisi anda – Pada enam minggu

Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium, asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah sembelit. Makanan yang membantu perkembangan bayi adalah:-

Roti, beras, pasta dan bijirin – Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.
Buah-buahan – 3-4 hidangan sehari
Sayur-sayuran – 4 hidangan sehari
Daging dan sumber protein yang lain – 2-3 hidangan sehari
Produk tenusu – 3-4 hidangan sehari
Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori – 2-3 hidangan sehari


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


 

Jijah Pages | Designed by www.rindastemplates.com | Layout by Digi Scrap Kits | Author by jijahpages :)