*BULAN PERTAMA 4 MINGGU*
Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dalam kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dari masa ke semasa.
Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.
Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi sebagai persediaan untuk persenyawaan. Apabila telur disenyawakan ianya akan tertanam di dalam uterus. Lain-lain perubahan waktu itu mungkin anda mendapati cecair dari servik anda sedikit bertambah dan agak berlendir dan kental seperti putih telur. Ini menunjukkan waktu subur anda bermula.
Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yang telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum. Berikut adalah apa yang akan berlaku didalam uterus anda jika telur anda berjaya disenyawakan:
23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma dan telur bersatu.
Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari tiub fallopian menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus sebelum ianya melekat dan mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk selama 9 bulan akan datang.
Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi. Kadang-kadang sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak hamil. Yang membezakannya adalah darahnya sedikit sahaja berbanding darah haid biasa.
Minggu keempat:
Zigot yang telah terbentuk akan mula mencari tempat (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pada minggu ini. Jangan risau, pendarahan itu adalah kerana proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu banyak, sila berjumpa doktor anda.
26 Disember 2012 kandungan 4minggu
Ketika usia kandungan empat minggu, jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk. Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm). Boleh tengok gambar kat atas tu.. Tu gambar janin yang berusia 4 minggu di dalam rahim ibunya. :)
Minggu kelima:
Minggu ini adalah minggu untuk anda memikirkan soal kewujudan bayi di dalam perut anda yang tidak boleh di pandang remeh. Anda seharusnya menyesuaikan diri dengan persediaan menerima ‘orang baru’ di dalam hidup anda. Ini termasuklah perubahan dari segi gaya hidup serta pemakanan. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Kini bayi anda berukuran 1.25mm panjang atau secara kasarnya ia sebesar satu biji benih epal. (bukan sebiji epal). Penghujung minggu ini bayi anda akan mula membina system-sistem organ utama bayi. Walaupun miniscule, badan bayi anda adalah kompleks pada peringkat ini.
No comments:
Post a Comment